Tuesday, October 30, 2012

Selongkar rahsia Oppa Gangnam Style!

Salam semua kengkawan ku yng membuat kan aq jelly ngan korang sebab ramai followers...
(ok aq saje jer)

Nie nak tanya sikit... ada tak korang2 yang kata Oppa gangnam style maksud dye 'saya ingin jadi yahudi'?
Kalau anda berpendapat begitu.. maknanya anda salah!!

Sorry kalau tetiba cakap pasal PSY nie..Lagipon geram tau.. skarang ramai yang fitnah dye... macam korang fitnah lagu Baby- Justin Bieber tu..korang nak saya buktika.. boleh jer...baiklah.. saya bagi maksud lirik lagu gangnam style tu.. nak sanat bukti... Siap korang!! perahu sudah bersedia sebelum berlayar dah saya nie...(Nie melampau lah nie...)

Maksud Lagu OPPA GANGNAM STYLE :-


Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh

Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki

Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua

Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam

Then korang kata lagu nie ada kena mengena dengan BUROOQ...nie.. kat lirik nie.. ada ker dye kata pasal BURROQ! ada kena mengena dengan salib lah.. x da pon.. cuma tarian tu seakan-akan! dye ada kata masa sidang akhbar tu.. dye mintak maaf kat MUSLIM kalau ada yang x puas hati.. Dy cuma jadi seorang artis..
NIE KALAU X PUAS HATI SANGAT LAH KAN... PI SEARCH KAT YOUTUBE INNOCENT OF MUSLIM !
Sah korang x leh kata ape dah..korang pegi skarang!!! (yayah relax.. jangan marah pengunjung)owh sorry kalau emosianal sangat....tak pelah pendek nie jer lah.. nanti lagi marah pulak jadinya..
Assalam semua & nite2 semua! ♥


(>‿♥) Commenting is caring!

Monday, October 29, 2012

Tutorial Header

Assalamu'alaikum....

Ada yang jealous ke dengan header kami? Hmm... teringin nak customized header, tapi tak tahu nak buat macam mana sebab tak ada Photoshop/Photoscape? Haaa.... saya boleh bantu anda! Ini dia TUTORIAL LIPAT BAJU KURUNG  HEADER!!! 

Step One 
Buka website pixlr.com/editor/. Jangan risau, laman ni tak payah sign up atau download. Tekan create a new image. 




Step Two   
Untuk header, saiz yang sama selalu buat ialah 900 x 400. Nak saiz apa pun boleh sebenarnya. Lepas tu tekan OK.



Step Three 
Nampak tak kotak hitam banyak-banyak tu. Okey, klik, lepas tu pilih warna yang dikehendaki. Then, tekan icon baldi cat tu (paint bucket tool) and klik pula dekat tempat lukis yang putih lagi besar tu. Hias la background tu sesuka hati.  




Kalau korang nak background tu gambar yang ada dalam simpanan korang, buka File> Open Image. Pilih gambar yang mana yang korang nak, lepas tu tekan Marquee Tool dan crop la pic korang tu. Ctrl+C kemudian Ctrl+V dekat tempat lukis korang. Klik Move Tool dan letak elok-elok dekat tempat lukis tu. Save changes tau! 




 

Step 4 
Buat new layer. Anywayyy, kalau dia cakap ' the layer must be raterized' ke apa benda entah yang lebih kurang macam tu, kena buat new layer. 

 

Step 5 
Kalau nak tambah gambar, sama je macam nak letak gambar dekat background dia. Nak besarkan ke, nak kecikkan ke gambar tu, tekan Edit > Free Transform. Ha, pandai-pandailah hias sendiri. Nak masukkan text ke, nak lukis ke, terpulaaaaanggg...


 

Step 6 
Dah siap? Save je. File> Save ataupun Ctrl+S. Okay? 

 

Ha... bolehlah diletakkan sebagai header sekarang! Thanks for reading.... 


(>‿♥) Commenting is caring!

Sunday, October 14, 2012

TUTO CARA JADI ORANG BERGAYA DI JAMUAN

Salam semua..

okay tajuk kali ni panjang sikit..tajuk jer...post nyer x tau lah kan? Saya actually dulu tringin nak jd fashion designer...ok saya mengaku saya pernah hancurkan lukisan bju Mia....heheeh sya colour trang sgt and Mia serik tak nak kasi saya coluor dah..sehingga dia tengok saya coluor secantik yang mungkin...hehehe

okay kembali kepada tajuk asal...sempena jamuan akhir tahun nanti...Saya nak bagi tips jadi orang yang paling bergaya...
cara pertama pakai skirt and kemejapastikan pakai dengan selendang seklali tau!!kalau  naka pakai T-shirt pon bleh..janji letak kat dalam skirt tu..

emmm saya nak bg tuto pakai selendang pulak lah...tapi malas..korang nak selendang mcm mn? hana tajima.? simple...cute? jap saya bagi link kalau korang nak jadi glamour ala muslimah...saya bagitau korang jangan jeles dengan orang yang free hair sebab siapa kata ORANG YANG BERTUDUNG TIDAK BOLEH BERGAYA?  BAGI YANG FREE HAIR SORRY KALAU TERASA... okay saya nak bagi link tu...
1.http://www.youtube.com/watch?v=zYsjKaDYNyQ ...
2.http://www.youtube.com/watch?v=ZWy55ddQicE&feature=related
3.http://www.youtube.com/watch?v=864aPsHIxvs
4.http://www.youtube.com/watch?v=8c3_kqSzazU
5.http://www.youtube.com/watch?v=zOFvEo9M80U&feature=related
cukup lah lima jer..

and now tips yang gila sangat nak mekap...
bagi saya kalau nak mekap setakat celak..bedak baby yang gohsons tu and kalau rajin sedikit lipstick...kalau over rajin pakai lah eyeshadow ... okay saya bg link cr pakai mekap..
5 cukup kan?

1.http://www.youtube.com/watch?v=bh7eh-9RmXM
2.http://www.youtube.com/watch?v=hpzJ5TETW3U&feature=related
3.http://www.youtube.com/watch?v=WC1BMMfZPeE nie cr korea..hehe sapa yg obses k-pop lah..
4.http://www.youtube.com/watch?v=pRXLU3Ys6FE&feature=related
5.http://www.youtube.com/watch?v=PFdu1LUjNNg&feature=related nie sapa yang tak puas hati dgn mata okay...
6.http://www.youtube.com/watch?v=VGSahZPnIjI&feature=related natural makeup
7.http://www.youtube.com/watch?v=mEoV9DcnCW8&feature=related yang ni style k-pop but very simple okay

agaknya sampai sini jelah...lagipon saya nak bagi tips jer...okay lah nite2 semua semoga mencubo dengan tips yang sy bg nie...semoga menjadi orang yang paling glamour sklai kat party tu..saya bagi tips nie untuk yang bertudung sahaja..tapi bagi yang (paham2 jelah) korang tinggalkan yang tudung tu..korang boleh guna yang make up nie..kalau nak cuba untuk pakaian tu....noleh tapi kureng sesuai lah... oklah semoga bertemu  lagi ya..

(>‿♥) Commenting is caring!

Friday, October 12, 2012

Assalamualaikum semuanya......

Hehehe....nampaknya sya jauh ketinggalan daripada dua org kwan baik sya.Ok seperti yg Yayah katakan,syalah Ayu yg cantik lagi comel.Takde apa pun yg sya nk ckp lagi sbb Yayah da ceritakan smuanya tentang sya...Ish mulut tempayan btul la dia ni...hehe.....Apa yg sya nk ckp adalah SELAMAT DATANG KE BLOG TIGA SEKAWAN INI!!!!!!!!!!!!Semoga anda bergembira....................
(>‿♥) Commenting is caring!

Monday, October 8, 2012

Resipi Yang Sedap

Salam semua!

Walaupun Yayah tak berjaya letak lagu Rossa, ( ada ke dia letak lagu instrumental yang sedih? Tak sesuai langsung dengan tema bloggie yang comel ni) saya dah berjaya letak lagu yang best untuk anda semua enjoy! Hahahaha...

Okey, di sini saya nak kongsikan resipi Muffin Pisang. Resipi ni ada dekat blog saya tapi saya kongsikan dekat sini ya untuk korang semua cuba.

Kita perlukan... 
3 atau 4 pisang emas, dilenyek
1 biji epal hijau/merah, disagat
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur dipukul
1/3 cawan mentega, dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung

Jom buat... 

  • Campurkan pisang, epal, gula, telur dan mentega dan alihkan. 
  • Kemudian campurkan soda bikarbonat, serbuk penaik, garam dan terpung dalam bekas lain.
  •  Gaulkan adunan basah dan adunan kering sampai sebati. Rupa dia ala-ala nak buat cekodok pisang.  
  • Sudukan ke dalam kertas/tin muffin dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 C.  
Cubalah! Senang sangat, sesuai untuk orang yang baru nak cuba baking. Tapi soda bikarbonat dengan serbuk penaik tu, ayak dulu takut ada yang berketul. Selamat mencuba!!!


(>‿♥) Commenting is caring!

Penat Der...huhuhuh


Ok kawan sekalian...berjumpa sekali lagi bersama saya...Yayah...ok..saya sangat rajin buka blogger nie..cuma tunggu rajin ke tak rajin je...korang tengok ta lagi blog saya?jadi follower tak lagi? Tinggal kan jejak tak kat saya punya cbox?Cantik tak blog saya?hahah sudah cukup mempromo blog saya...hahah saya cuma terlalu hiperactive!!haahahha

  Ok...kembali kepada tajuk asal...saya penat tahu tak kenapa? Sebab...bukan saya nak merengek tapi sebab saya penat dah happy...(macam mana tu?) korang nampak tak perubahan yang mendadak kat blog nie...Dengan hiddden cbox lah....background dye..and lgu...first saya nak letak lagu Rossa ...tapi tak boleh...akhirnya seleppas banyak lagu saya cuba...lagu yang skarang nie mungkin sesuai...saya tak tahu lah sangat citarasa Mia dengan Ayu...setuju ke tak dengan apa yang saya buat nie...Lagipun saya dah minta kebenaran dekat Mia...(Kalau lah C.Zabri nampak apa yang saya tulis ni..mesti berleter panjang sebab banyak kesalahan tatabahasa..)Kepada cikgu BM yang blogwalker dekat sini jangan marah tau sebab saya sedar banyak kesalahan tatabahasa...Banyak sangat..

Okaylah.. saya nak chaw ni..(Sedapnya bahasa yang saya guna )
Selamat malam semua...nite-nite..♥eh x jadi..saya nak cerita fasal gimrama sikit sahaja tau...

okay pagi tadi...kami lawan menari antara klas...kami pakai baju semua warna pink...woooohuuuu..aiseh itu maknanya saya berhiper di tengah malam dan esok sekolah..mana ada tengah malam lagi bru pukul 9 pm..
kitorang menari...chantik jugalah dengan celak yang saya pakai...Tapi Mia tak datang hari ni..dye ada urusan. tapi tak pelah..bukan saya tak heran dye datang ke tak... tapi nak buat macam mana...Manusia hanya merancang...Allah yang  menentukan.. betul tak semua?

Okay cuma nak tunggu keputusan esok...Saya nak pergi luah isi hati saya dekat blog saya pulak...okalah nie bru nite2 yang btul...dadadididududu....
semoga berjumpa lagi...

(>‿♥) Commenting is caring!

Thursday, October 4, 2012

Hi Everyone!

Assalamu'alaikum!

Yayah dah memperkenalkan saya sebagai pencipta blog ni kan? Yeah, ini MiaAdhia!!! (sorry, overdose gedik sekejap) Jadi ini first post saya untuk blog yang saya, Yayah dengan Ayu kongsikan, saya tak nak buat panjang-panjang sangat takut korang bosan.

Just wanna say welcome to our blog and jangan lupa tinggalkan comment, rate setiap entri, bagi pendapat korang pasal blog bertemakan candy ni dekat chatbox kami dan alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ada ikan pekasam sekali. Alang-alang ada dekat sini, rajin-rajinlah follow ya.

Assalamu'alaikum, tata you all. Peace out! (sorry, gedik lagi dan gunakan bahasa rojak.)

 
Inilah geng kami!! 


(>‿♥) Commenting is caring!

Wednesday, October 3, 2012

Introducing ♥

Salam kawan-kawan sekalian....
  Saya sebagai wakil tiga orang kami untuk memperkenalkan diri kami...ehem ehem...(aiseh....mcm seorang ketua lah pulak) tapi saya just kawan yg rajin nak memperkenalkan blog kami nie..hihihihi
Tapi saya x kan kasi tahu nm sebenar km...setakat nm timangan pon okay.....baiklah saya nk introduce orang yang create blog nie...
 Nama: Mia Adhia
Umur: secret der...
Karier: Seorang yang pandai and bercita-cita tinggi...yer ke? ntahlah sy tulis sjer...
 Mia ni pemilik blog http://coklatmia.blogspot.com/ .... mesti korang tertarik dgn celoteh dye...hehehh
 Seterusnya..saya sebagai orang kedua dalam blog nie...(Bukan penolong tapi yang kunjung okey...)
 Nama: Yayah Chibi
Umur: umur kami sama jer...buat pengetahuan semua hari nie...kan 3 okt...so today is my birthday...
Karier:hmmmm.jap saya rasa sapa-sapa jangan bagi saya marah sebab mungkin saya akan mengamuk der,....
 Saya pemilik blog http://yayahchibi.blogspot.com/....heehehh saya manalah reti nak berceloteh...tapi banyak lah saya tulis kat blog saya..
 Lastly... Orang yang bru ada blog...ok lah...dah lama ..tapi blog yang lama x der post pon...aq lah sebelum peperiksaan...nie selepas so...dye dah ada blog yang menghijau sedap memandang...
Nama: Jap dye ada ka nm gelaran..nm dye da pendek da... Ayu...ok simple
Umur:Of course lah sama umur dengan kami..
Karier: Orang nya tetap pendirian...
Pemilik blog  http://embuncrystal.blogspot.com/....

Okeylah...banyak nie je kot nak kena introduce.....
Assalam semua...nanti jumpa lagi




(>‿♥) Commenting is caring!

Red Lollipop